Thursday, November 11, 2010

layang layang hati =)



ku meniti jambatan langit
ke arah bulan bintang
kegelapan misteri
gemerlapan mutiara hati

jauhnya bumi kecil kelihatan
ku imbang-imbang di titian hidup
antara awan-awan dingin nyaman
terumbang ambing ditiup-tiup

ku senyum di sebalik takut
ku gembira hidup berbahaya
melompat di atas jaringan sehelai benang
hati ku besar melampaui akal-akal

seorang sahaja di atas ini
fenomena putih berseri
cukuplah ditemani camar-camar
aku cukup gembira ketika ini

berlari-lari di garisan ufuk senja
meniti sebelum hilang jadi malam
ketika itu aku terpesona
kejadian alam ciptaan maha berkuasa

khayal ku bagai layang layang
setinggi mana ku tetap di bumi nyata
terbang bersama angin dipandu oleh hati
sentiasa ku ingat tujuan ku melayang


4 comments: