Friday, August 20, 2010

floating thoughts ^^



***************



aku slalu ikot forum forum dan kadangkala masih juga suprise dengan respons pelbagai bagai karenah manusia . dalam hidup aku pun begitu. maklumlah elemen2 dalam stages hidup ku ni sungguh unik dan pelbagai.

aku pernah jumpa mereka yang agnostik , bencikan konsep kewujudan Tuhan . dan mereka yang menemui hidayah Ilahi dan sangat2 menghargainya bagaikan sang ikan bertemu air di gurun kering ,yakni para mualaf2.

aku pernah terjumpa manusia yang x mahu mengalah x hal telah dipatah kan argument mereka dengan bukti yang sahih. dan aku juga pernah terjumpa org yg taklid buta ,terang2 tidak guna akal logik serta bukti yang nyata.

aku pernah jumpa org yg nampak bijak tp rupanya pendek akal dan yang lain nampak selekeh tp panjang akalnya.

aku pernah jumpa rakan yang sangat setia dan hatinya mulia, pernah juga jumpa pengkhianat hati busuk.

aku pernah jumpa orang yg ske mengambil kesempatan tanpa rasa segan silu kerana merasa itu hak mereka mencuri harta orang, dan aku juga pernah terjumpa org yang tersenyum , muka sangat tenang ketika harta bendanya dirampas orang.

aku pernah jumpa orang yang hidup nya sangat susah tp hati nya sangat murah . juga terjumpa orang hartawan bongkak lemas dalam nikmat dunia.

aku pernah terjumpa super hartawan zuhud yang sgt sederhana kerana pakaian nya sangat tidak menarik dan "free". juga pernah berjumpa si miskin tetapi terlalu "metro" gayanya kerana hanyut dek arus kemodenan barat.

aku pernah jumpa orang yang hari2 tgk "zina mata". juga mengetahui siapa yang matanya selalu menangis kerana cinta kan Tuhannya.

aku kenal orang yg kembaranya ke serata dunia menolong orang. juga melihat ramai orang x mahu menolong saudara seislam dizalimi depan mata.

aku juga tahu org yg suke menyampaikan berita baik kepada rakan2 rapat tentang segala yang die tahu, juga tahu siapa yang kuat mengeji dibelakang kawan2 nya.

kadangkala aku tahu bende yang aku x perlu tahu , tanpa perlu mencari kerana ia bisa datang sendiri , mungkin juga sebenarnye aku perlu tp aku aku x tahu aku perlukanya.. Allah knows best akan sesuatu^^

dunia ni betol bermacam2 orang dan keadaan. dan siapalah aku untuk judge seseorang itu dan event2 tersebut, segalanya terlalu dynamic.

Ya Allah ya Tuhan ku, Engkau lah Tuhan segala mahkluk,Yang maha mulia lagi maha mengetahui segala. Jauhkan lah perasaan ria' dari hatiku dan jauh kan lah hati ku dari perbuatan yang melalaikan ku dari Mu.
Jadikan lah aku hamba Mu yang sentiasa mengingati Mu setiap minit setiap saat setiap waktu.

******************

No comments:

Post a Comment