************
Seekor katak yang dikerumuni ular2 lapar
menyamarnya juga untuk terus hidup
akulah seekor ular berupa katak!
sedangkan hakikat ular juga makan saudara
adakah penipuan itu suatu perlu?
maka sedarlah sang katak kebenaran
jika takdir mati maka matilah!
jika hidup maka ianya rezeki
dan mati juga rezeki org beramal
dan tiada guna bersedih atas kematian yang lain
kerana kita tidak pernah tahu akan amal dan iman
cuma hormatlah mereka!
teruskan legasi ilmu mereka!
pertahankan keimanan anak mereka!
ini sahaja yang bermakna dari tangisan sia sia
dan hakikat ini seekor katak tersenyum
kerana dimulut2 mereka sentiasa memuji yang Esa
tidak seperti manusia mahkluk lalai
dimulut sesetengah mereka hanyalah pujian2 konsep dajal
maka beruntunglah orang2 yang bertakwa dan beriman
dan Allah telah bagi jalan untuk mereka
maka mereka pilih dengan isi hati mereka sendiri
yang di bantu iman dan amal
dan juga hidayahNya
dan sesungguhnya telah tercatat diluhmahfuz
akan suratan hidup seseorang
bukan kerana pengakhiran itu telah ditetap
tp kerana Allah maha mengetahui
jalan2 yang dipilih adalah pilihan mereka sendiri
tetapi jalan2 yang dibina itu telah ditetapkan Allah
dan penghujung2 jalan yang mereka dapati juga telah ditetapkan Allah
bahkan Allah maha pemurah lagi maha pengasihani
walaupun di akhir jalan itu ditemukan mati
namun sesaat taubat nasuha juga dijanji syurgaNya
Allah yang tiada batasan masa dan tempat
Dia yang tiada sifat kesamaan langsung dengan makhluk2 ciptaannya
Dia yang mencipta segala-galanya
Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang mencipta alam.
**************
wah! sangat suka!!
ReplyDeletecukup puitis tanpa perlu berlebih-lebih. dan yang paling penting, isi yang ada makna.
buat sendiri ek? tahniah :)
ps: boleh copy tak? :D
:)
ReplyDeletetq sbb suke .
nak copy silakan :)